App Belajar Mandarin untuk Kanak-Kanak Malaysia
Ming Ming ialah app belajar Mandarin kanak-kanak yang disusun mengikut DSKP Bahasa Cina — dari Tadika umur 4 tahun hingga SJKC Tahun 6. Anak belajar pinyin, menulis aksara dan mengenal perkataan melalui aktiviti pendek 5 minit, bukan latih tubi yang membosankan.
Tiada iklan · Tiada pembelian dalam app · 4 profil anak
Untuk siapa
Tadika · umur 4–6
Kenal aksara bergambar, sebutan asas, dan latihan menulis strok pertama. Aktiviti pendek untuk tumpuan yang masih singkat.
SJKC · Tahun 1–6
Hanyu Pinyin, tulis aksara mengikut urutan strok, dan kad imbasan ulang kaji. Aksara wajib disusun mengikut tahun persekolahan.
Ibu bapa
Lihat kemajuan setiap anak — lesson yang siap, bintang yang dikumpul, dan streak harian. Tidak perlu duduk di sebelah.
Apa yang anak belajar
🎤 Hanyu Pinyin
Empat tone, dengar dan pilih sebutan betul.
✍️ Tulis Aksara
Ikut urutan strok dalam petak 田字格, satu strok demi satu.
🗂️ Kad Imbasan
Ulang kaji berjarak — aksara yang sukar muncul lebih kerap.
Kenapa ibu bapa pilih Ming Ming
- Tadika (umur 4–6) dan SJKC Tahun 1–6
- Selaras struktur DSKP Bahasa Cina
- Sehingga 4 profil anak satu akaun
- Guna pada 5 peranti
- Boleh dipasang sebagai app (PWA)
- Tiada iklan, tiada pembelian dalam app
Harga
Satu langganan untuk semua anak dalam akaun anda.
Soalan lazim
Ming Ming untuk umur berapa?
Tadika 4 hingga 6 tahun, dan SJKC Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap tahap ada modul dan pelajarannya sendiri.
Perlu muat turun dari App Store?
Tidak. Ming Ming berjalan dalam pelayar dan boleh dipasang ke skrin utama telefon atau tablet seperti app biasa.
Berapa anak boleh guna satu akaun?
Sehingga 4 profil anak dalam satu akaun, dan boleh digunakan pada 5 peranti — telefon, tablet atau komputer.
Ada iklan atau pembelian dalam app?
Tiada. Tiada iklan, tiada pembelian dalam app, dan tiada pautan keluar tanpa kawalan ibu bapa.
Adakah ia mengikut silibus sekolah?
Struktur content mengikut DSKP Bahasa Cina — program, tahap, modul dan aksara wajib disusun mengikut tahun persekolahan.
Boleh batal langganan?
Boleh, bila-bila masa. Langganan bulanan tamat pada hujung tempoh yang sudah dibayar.
Mula hari ini
Daftar akaun ibu bapa, tambah profil anak, dan mula pelajaran pertama.
Daftar Akaun